RAGAM PELAJAR

 

Tiba-tiba saja teringatkan anak-anak muridku. Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang guru di sekolah. Mungkin pada pandangan ramai kerjaya seorang guru mudah. Cuti banyak dan kerja senang..tetapi menjadi seorang guru di sekolah memerlukan jauh lebih banyak masa  & sejuta pengorbanan jika ingin melihat mereka benar-benar berjaya dengan cemerlang terutamanya subjek seperti fizik..Impianku untuk menjadi guru terbaik fizik setakat ini masih belum tercapai…Aku teringin sangat melihat lebih ramai pelajar-pelajarku mendapat A Fizik dalam SPM..Kelemahanku ialah terbawa-bawa dengan sistem dan cara yg aku terima sepanjang duniaku dulu bergelar pelajar dari sekolah rendah..menengah rendah..menengah atas..Didikan daripada guru-guruku di SMK Sultanah Asma dan MRSM Taiping membuatkan aku turut menggunakan pendekatan yang sama ke atas pelajar-pelajarku..Kami tak pernah dimarahi sebab kami sentiasa belajar dan menyiapkan segala tugasan yang guru-guru kami beri biar sebanyak mana pun tugasan berkenaan..Guru tak perlu sentiasa  memotivasikan kami memujuk atau memarahi kami untuk belajar kerana kami semua tahu kami perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dengan cemerlang…Mungkin kadang kala berada dalam persekitaran sekolah yg agak cemerlang pelajarnya seperti ini membuatkan diriku tidak tahu cara utk memahami tingkah laku dan kehendak pelajar-pelajarku kini..Dulu kami sangat berdikari untuk mencapai segala kecemerlangan yang kami inginkan..mungkin pelajar sekarang sangat bergantung kepada guru..tidak seperti dulu..kami akan cuba bersungguh-sungguh untuk belajar memahami dan mendalami apa jua isi pelajaran yg kami tidak faham semasa di sekolah..tidak sedetik pun di hati menyalahkan mana-mana guru jika kami tidak memahami apa jua yg guru ajar…jika rendah pencapaian dalam ujian atau peperiksaan yg kami perolehi pada ketika itu adalah salah dan kami sendiri yang bertangungjawab terhadap apa jua keputusannya..kami sangat menghormati guru..walau bagaimana juga cara penyampaian guru kami sangat menghormati & sangat sayang pada guru-guru kami…Kami sekelas tetap mendapat A bagi subjek berkenaan walau guru tersebut masuk kelas dan tidur di meja guru..”Kesian cikgu semalaman tak tidur sebab menjaga suami beliau yg sakit” kataku & rakan-rakan kelasku semasa lihat guru kami yang sedang tidur di meja guru..Dalam keadaan senyap kami mengulangkaji subjek berkenaan belajar sendiri subjek tersebut dan alhamdulillah aku dan semua rakan-rakan kelasku berjaya mendapat A walaupun guru berkenaan hanya tidur di kelas..Walau apa juga cara pengajaran guru di kelas kami terima..bagi kami mereka telah cuba yg terbaik untuk membantu kami kearah kejayaan…untuk menjadi lebih cemerlang segalanya terletak pada bahu pelajar itu sendiri..aku dan semua rakan-rakanku sangat memahami akan tangungjawab ini..kami akan bertungkus lumus memikul segala tanggungjawab ini demi kemerlangan diri untuk kegembiraan ibubapa, keluarga dan guru-guru..Tetapi entah kenapa perasaan gigih itu seperti kian hilang ditelan zaman dijiwa anak-anak muda kini..aku hanya dapat melihat kegigihan rakan-rakan guru saja disekolah kini mengajar bertungkus lumus mencari pelbagai formula untuk meningkatkan pencapaian pelajar namun kadang kala menemui kekecewaan..jika gagalnya pelajar dalam mana-mana ujian atau peperiksaan guru selalu saja dipersalahkan..kenapa yer..kesiankan guru-guru sekarang…Ya Allah berikanlah apa juga cara buat diriku dan rakan-rakan sealiran denganku untuk membantu anak-anak didik kami untuk berjaya dengan lebih cemerlang dunia & akhirat..amin…

siti says:

Persekitaran pelajar dulu dgn skrg jauh bezanya..dulu guna ‘chalk n talk’ pun takpe..tp skrg cg mesti lebih kreatif utk tarik minat pelajar belajar..takpe cg insyaAllah akn dipermudahkanNya

siti says:

aah betul tu.kesian cikgu2 kan.teringat plk sikap masa sy kat skolah dulu..ada jgk masa2 tak buat kerja skolah..bersalah plk rasanya

farah says:

Saya berpendapat sama sprt pendpt admin pelajar zaman sekarang tidak boleh dilayan sprt kita dulu sbb persekitaran skrg lebih menyebelahi pelajar.Takpe mgkn kita belum temui formula utk membantu pljr2 kita..insyaAllah sama2lah kita berkongsi maklumat utk penambahbaikan

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.