PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN (2)

Semasa di dewan peperiksaan

 

c.  Pemilihan soalan (berbentuk esei)

1.   Baca arahan pada permulaan kertas soalan dengan teliti. Ketahui berapa banyak soalan yang wajib dijawab dan perlu dijawab, mungkin ada beberapa bahagian yang perlu pemilihan soalan.

2.   Pilih soalan yang anda betul-betul yakin boleh dijawab, iaitu anda dapat memberikan isi-isi yang tepat dan terbanyak serta mampu menghuraikannya dengan baik.

3.   Luangkan sedikit masa untuk memahami soalan yang dipilih. Ia memberikan faedah yang besar kerana dapat mengelakkan jawapan anda menyimpang daripada kehendak soalan sebenarnya. Beberapa contoh diberikan seperti berikut:

KATA KUNCI MEMERLUKAN ANDA
Huraikan Memberi penjelasan akan kenyataan yang diberi di dalam soalan tersebut.
Bincangkan Memberi isi-isi penting dan menganalisis tiap-tiap satu itu dengan cara kritikal iaitu pro dan kontra.
Buktikan Memberikan contoh-contoh dan kesan-kesan mengenai sesuatu soalan yang biasanya berbentuk rumusan atau pendapat
Sejauhmanakah Menunjukkan bahawa sesuatu kebenaran ada batasannya. Berikan faktor lain selain daripada faktor utama yang dihuraikan

4.   Pastikan penyampaian jawapan anda mudah difahami, tepat dan kemas. Jangan tulis jawapan yang meleret, terlalu panjang, berbelit-belit, berulang kerana ia membazirkan masa.

5.  Peruntukkan masa yang sesuai dengan soalan dan jumlah markah yang disediakan bagi setiap soalan. Semakin tinggi markah yang diperuntukkan, semakin banyak masa yang perlu diluangkan. Ini juga memudahkan anda mengurus masa dan anda tidak akan leka dengan sesuatu soalan dan terlupa menjawab soalan lain.

d.       Soalan berbentuk aneka pilihan

1.   Baca arahan pada permulaan kertas soalan dengan teliti. Ketahui berapa banyak soalan yang wajib dijawab dan perlu dijawab, mungkin ada beberapa bahagian yang perlu pemilihan soalan.

2.   Pilih jawapan yang tepat. Jika anda merasa ragu-ragu, gunakan teknik “buang jawapan salah” (seperti rancangan “Who wants to be a millionaire”) dengan membuang jawapan yang anda fikir memang bersalahan dengan kehendak soalan. Jawapan yang tinggal akan menjadi jawapan muktamad anda.

3.  Sekiranya masih ada beberapa pilihan jawapan dan anda masih tidak dapat menentukan jawapan yang tepat, anda terpaksa meneka jawapan anda. Sekurang-kurangnya peluang anda untuk mendapat jawapan yang betul adalah lebih tinggi daripada tidak membuang langsung jawapan yang anda pasti salah.

 

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.