Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) 2019

Permohonan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) 2019 telahpun dibuka pada 24 januari 2019. Memandangkan tarikh tutupnya adalah pada musim cuti perayaan, maka ramai yang terlepas pandang.

 

Pihak pengurusan penajaan dan cuti belajar telah membuat makluman bahawa tarikh tutup permohonan ini telah dilanjutkan sehingga 13 Februari 2019 (Rabu) jam 11.59 malam secara atas talian melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my.

Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun sebelum tarik permohonan. Permohonan juga terbuka kepada pegawai yang sedang dalam pengajian. Antara syarat-syarat lain ialah:

 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 46 tahun (Kedoktoran) dan tidak melebihi 50 tahun (Sarjana) pada 1 Januari 2019
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan
  • Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% keatas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut.
  • Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain;
  • Tempat pengajian dan pengususan adalah di Universiti Awam (UA) Dalam Negara
  • Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod campuran dan Mod
    Penyelidikan Sepenuhnya bagi pengajian peringkat Sarjana. Bagi peringkat Kedoktoran, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja.
  • Bebas daripada sebarang penyakit kronik.

 

 

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.