Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di  Woodland Park High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk merakambahan pengajarannya dalam bentuk persembahan power point.

Mereka kemudiannya memuatnaik rakaman video kuliah dalam talian internet supaya murid yang ketinggalan dalam kuliah dapat mengikuti kuliah pada bila-bila masa.

 

Teknik kuliah secara dalam talian tersebut kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh sebab itu mereka dipanggil untuk memberi taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini terus berkembang dan ramai di kalangan guru-guru  menggunakan video podcasts dan video atas talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan pembelajaran dan di luar bilik darjah.  Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri.

Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah.

Dengan lain perkataan, murid belajar di rumah dan membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang membantu murid apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi maklumat, dan mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan murid secara individu.

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.