Pembina Negara Bangsa -2016

 

 Pembina Negara Bangsa

Definisi

Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.

Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.

Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.