Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

 

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

TIMSS adalah kajian perbandingan antarabangsa anjuran Persatuan Penilaian Pencapaian Pendidikan Antarabangsa (International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) yang memberi fokus kepada  mata pelajaran Matematik dan Sains.

“Terdapat 39 negara lain mengambil bahagian dan pentaksiran ini memberi tumpuan kepada kurikulum sebagai faktor utama kerana ia dapat menerangkan pencapaian murid.

“Penyertaan Malaysia bermula pada 1999 yang bermula dalam Gred 8 yang melibatkan sampel pelajar di tingkatan dua, guru Matematik, Sains dan pentadbir sekolah yang mana ia dilakukan secara rawak oleh IEA dalam kitaran empat tahun sekali.

“Secara khususnya, model ini berkisar kepada apa yang sepatutnya dipelajari murid melalui kurikulum Matematik dan Sains serta strategi pengajaran selain pembelajaran yang dilaksanakan di bilik darjah dan hasil pencapaian murid,”

 

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.