Programme International Student Assessment (PISA)

Penanda aras di peringkat antarabangsa menerusi data pentaksiran dan kajian adalah sangat penting buat sesebuah negara menambah baik corak sistem pendidikan supaya setanding dan mampu menyaingi negara maju lain.

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).

PISA bukan hanya bertujuan untuk mengetahui prestasi dan keberkesanan sistem sedia ada malah penambahbaikan turut dilakukan dari masa ke masa.

“Kita memerlukan data yang konsisten dan dipercayai yang boleh diukur secara berkala kerana ia sangat penting untuk menambah baik kualiti serta penyampaian sistem pendidikan yang ada.

Pentaksiran ini diharap dapat merealisasikan hasrat PPPM 2013-2025,” katanya.

 

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.