TEKNOLOGI PEMANGKIN KEBAT

 

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, seseorang murid itu dikatakan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) apabila mereka dapat menjawab serta berhujah terhadap soalan-soalan yang berada pada tahap kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta iaitu dengan merujuk kepada Taksonomi Bloom semakan semula.

Tahap mencipta merupakan tahap yang tertinggi sekali. Di atas kertas soalan mahupun peperiksaan, agak sukar bagi guru menyediakan soalan atau aktiviti untuk menilai kemampuan murid pada tahap mencipta. Persoalannya, bagaimana para guru dapat memastikan bahawa murid-murid dapat mencapai tahap pemikiran tertinggi tersebut semasa berlangsungnya proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah?

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan teknologi pendidikan dan dalam matematik, salah satu teknologi yang boleh digunakan ialah perisian geometri dinamik. Contohnya, untuk menguji tahap mencipta murid dalam topik Penjelmaan Tingkatan Dua, murid diminta untuk mencipta sebuah kipas angin berdasarkan kepada konsep-konsep yang dipelajari dalam topik tersebut serta pengetahuan sedia ada yang lain.

Mungkin untuk jangka masa yang panjang serta dengan bekerja secara berpasukan, ianya boleh direalisasikan. Namun, untuk mendapatkan maklumbalas yang segera seterusnya menunjukkan tahap mencipta tersebut berjaya dipamerkan oleh murid, ianya boleh dilakukan dengan bantuan teknologi khususnya perisian geometri dinamik yang mana dalam persekitaran pembelajaran tersebut, murid dapat mensistesis pelbagai konsep matematik yang membawa kepada terciptanya ‘kipas angin’ tersebut. Selain itu, banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa penggunaan perisian komputer khususnya perisian geometri dinamik mamp

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.