Tempat kedua Educational Blogging

1471210_10151824326724482_493054957_nEducational Blogging 

Pusat ICT telah berjaya menganjurkan beberapa siri Program Hari ICT  yang merupakan program tahunan di UPSI. Pada tahun 2006, Perpustakaan dan Pusat ICT telah mengadakan buat kali pertamanya sambutan Bulan Membaca dan Hari ICT secara bersama.

Melalui program ini, warga UPSI dan masyarakat sekitar Tanjong Malim telah mendapat  pendedahan kepada kepentingan pengetahuan dan ilmu, serta mengikuti perkembangan teknologi semasa dan peranan ICT untuk  kehidupan masa kini.

Bermula hari ICT 2008, pertandingan educational blogging akan dijadikan acara tahunan pada Hari ICT UPSI bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia. Sejak itu, pertandingan ‘Educational Blogging’ telah sinonim dengan Hari ICT, Pusat ICT, UPSI yang menawarkan hadiah lumayan kepada semua pemenangnya.

Alhamdulilah blog CIKGU FIZIK telah menyertai pertandingan ‘Educational Blogging’ 2013 bahagian sekolah Menengah dah berjaya mendapat tempat kedua. Tetapi disebab kan oleh kekangan tugas menyembabkan admin tidak dapat menghadiri penyampaiyan hadiah yang telah berlangsung  Pada

 

Tarikh: 13 November 2013

Jam: 8.00pm – 11.00pm

Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning,

Kampus Sultan Abdul Jalil,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pihak admin ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menganjurkan pertandingan ini untuk mengiktiraf Penggunaan ICT di bidang Pendidikan. Pihak admin juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama berkongsi bahan untuk memastikan blog cikgufizik terus memberikan manafaat kepada semua 🙂

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.