Cabaran Angkasa Kebangsaan 2013

 

JEMPUTAN : Cabaran Angkasa Kebangsaan 2013 (National Space Challenge 2013)

cikgu fizik

pendidikan fizik

 

Cabaran Angkasa Kebangsaan (NSC) merupakan satu program pendidikan yang direka khas dalam usaha untuk memupuk bakat dan minat seawal mungkin terutamanya di kalangan pelajar sekolah rendah terhadap kefahaman tentang astronomi dan sains angkasa. Program ini dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu program pendidikan merentas kurikulum sekolah rendah setiap tahun.

NSC telah memasuki tahun ke-16 sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1997 sebagai Kuiz Sains Angkasa Piala Perdana Menteri peringkat sekolah rendah. Semenjak tahun 2005, proses pemilihan pelajar ke pertandingan akhir telah diberi nafas baru di mana pelajar dikehendaki melalui proses pembelajaran yang lebih mendalam dari segi pendedahan secara amali. Konsep ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak khususnya pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah. Ia terbukti merevolusikan program sains di Malaysia dan menjadi penanda aras baru bagi program pendidikan sains pada masa hadapan.Harapan ANGKASA agar program ini akan terus sentiasa mencetus bakat dan minat lebih ramai generasi muda tempatan dalam menerokai bidang sains angkasa dan memahami manfaat angkasa sebagai wadah bagi penjanaan ilmu.

Objektif
  1. Untuk menarik minat generasi muda Malaysia terhadap sains angkasa;
  2. Untuk membina kemahiran pelajar-pelajar dalam penyelidikan saintifik;
  3. Untuk mempelajari konsep dan teknik berkenaan sains angkasa;
  4. Untuk memberi pengalaman mengenai konsep dan proses sains;
  5. Untuk menghargai sains angkasa sebagai kepentingan peribadi dan negara; dan
  6. Untuk memupuk nilai kerjasama antara pelajar-pelajar sebagai satu pasukan.

 

Artikel dari Rahayati Binti Ali

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.