PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN(HLP) & CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA(CBBPTB) 2014

 

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
SESI 2014

Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.

Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

BAGI YANG BERMINAT & MEMENUHI SYARAT-SYARAT BOLEH CUBA UNTUK MEMOHON PELUANG INI…KALAU ADA REZEKI INSYAALLAH AKAN DAPAT…:-)

 

Sumber diperolehi daripada : http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/