GURU…TANGGUNGJAWAB DAN PROFESIONAL

 

Sifat tanggungjawab dan professional dalam melaksanakan tugas menjadi sebahagian daripada darah daging guru. Bagi memastikan aspirasi dan matlamat sebagai guru yang berkualiti dan berkesan, guru perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

 

a)   Belajar sepanjang hayat

Ilmu yang dipelajari di maktab ataupun di universiti tidak semestinya cukup diamalkan di dalam kelas. Guru perlu menyedari, ilmu yang dipelajari semalam tidak semestinya relevan pada hari ini.  Dan apa yang dipelajari pada hari ini tidak semestinya releven pada masa akan datang . oleh itu, belajar adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Tambahan pula, zaman globalisasi yang semakin mencabar memerlukan guru supaya lebih peka kepada ilmu yang terkini.

 

b)   Tidak puas dengan apa yang telah dimiliki

 

Guru perlu berpegang kepada konsep ‘sesuatu ilmu akan bertambah sekirany dicari’. Guru tidak hanya berbangga dengan segulung ijazah yang diperoleh, tetapi mereka perlu bersedia menambah segala kepakaran dan pengalaman dalam semua bidang. Ilmu yang diperoleh semasa menuntut di universiti adalah sedikit dan perlu terus berusaha melengkapkan diri bagi mencurahkan ilmu itu kepada anak didik.

 

c)   Pengetahuan ikhtisas

Guru yang memperoleh pengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang dikatakan sudah bertauliah. Guru ini layak digelar sebagai guru dalam erti kata yang sebenarnya.  Guru sebegini dilengkapi pelbagai ilmu penegtahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum, kokurikulum, pengkomputeran dan sebagainya. Guru ini layak diiktiraf sebagai guru yang berkualiti dalam konteks dunia pendidikan.

 

d)   Tabiat suka membaca

 

Bagi melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terkini, bakal guru memiliki tabiat suka membaca walau di mana mereka berada. Sama ada di kawasan bandar ataupun di luar bandar. Sekarang tidak ada alas an, mengapa mereka tiada masa untuk membaca kerana terdapat banyak kemudahan teknologi terkini seperti intener, SMS, dan sebagainya. Sikap suka membaca ini akan menajamkan minda guru di samping menambahkan keyakinan guru seamasa menyampaikan maklumat kepada pelajarnya.

 

e)   Kemahiran berkomunikasi

Guru adalah manusia yang sentiasa berhadapan dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat, dan sesiapa sahaja di sekeliling mereka. Kemahiran berkomunikasi penting dan mereka perlu mempunyai kemahiran itu. Semasa di dalam kelas, guru perlu bertutur dengan jelas dan dapat difahami oleh pelajarnya. Di samping tidak mengabaikan penggunaan nahu dan struktur bahasanya, guru perlu bijak dalam memilih perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengari. Keberkesanan pertuturan seorang guru membolehkan pengajaran guru itu mudah difahami pelajar.

 

f)     Daya ingatan

Guru perlu merancang dahulu sesuatu pengajaran sebelum disampaikan kepada pelajar. Perancangan yang baik tidak semestinya berlaku seperti yang dirancangkan. Namun, ia adalah satu proses yang biasa dilaksanakan oleh guru sebelum mengajar. Jadi, bagi memastikan isi-isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik dan sempurna, bakal guru perlu mempunyai daya ingatan yang baik. Ingatan yang baik ini bermaksud mereka dapat menyampaikan isi pengajaran sepenuhnya.

 

g)   Sentiasa berubah

Setiap guru mempunayi teknik dan kaedah tersendiri dalam setiap pengajarannya. Mereka perlu memastikan setiap teknik ataupun kaedah pengajaran yang digunakan tidak membodankan pelajar. Guru yang profesional sentiasa mencari dan memikirkan bagaimana pendekatan yang terbaik pelajarnya. Guru sebaik-baiknya tidak berada di takuk lama dalam penyampaian setiap pengajaran semasa berada di dalam bilik darjah. Justeru, guru perlu sentiasa berubah dan mencari pendekatan yang terbaik untuk anak didiknya.

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.