PROGRAM MARI TEROKAI FIZIK (PROMATEF)

Oleh Ihsan Noorzali

Program Mari Terokai Fizik (Promatef) membabitkan 160 pelajar tingkatan empat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Rawang (Sepintar) anjuran mahasiswa kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), baru-baru ini, memupuk minat pelajar terhadap subjek Fizik.

Seramai 23 mahasiswa UPSI bertindak sebagai fasilitator untuk memberi penerangan kepentingan sains.

 Pengarah program, Mohd Shukri Muhammad berkata, Promatef kali kedua bertujuan menjadi platform mahasiswa UPSI berkongsi ilmu dengan masyarakat. 

“Program ini bukan saja tempat mahasiswa menabur bakti, tapi membetulkan persepsi salah mengenai subjek sains yang sering dianggap sukar.
“Ia juga latihan kepada mahasiswa sebelum memulakan kerjaya, selain membentuk kemahiran diri lebih positif,” katanya.
Sepanjang program, pelajar didedahkan kepentingan aplikasi, konsep fizik dalam kehidupan seharian serta menghayati kebesaran Tuhan melalui sains dan teknologi.

Mereka turut dibahagikan kepada kumpulan yang meng­gunakan nama tokoh sains dunia seperti Galileo Galilei, Aristotle, Isaac Newton, James Chadwick, Alexender Graham Bell, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Albert Einstein, Archemedes dan Merie Curie.

Turut dianjurkan, sesi kaunseling bertemakan Kau Turut Kataku, Imaginasi Kertas Mainan Minda, 360 Degree With Physics, bengkel roket air serta berjalan malam bertemakan Silent In The Night, Be Not Afraid Of The Dark.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/04
Sumber diperoleh drp : myMetro

Terima kasih atas perkongsian Video ini : Prof. Madya Dr.Nurulhuda Abd Rahman

Rss Feed twitter facebook

Copyright © 2012 , All Rights Reserved

Designed by Electronic Cigarette Reviews, & Download Free Wp Themes, Free wordpress themes, Free wp themes

Penafian: wwww.cikgufizik.com adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yg disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yg diperolehi daripada blog ini.