Category Archives: PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

Pembelajaran Abad ke 21  

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

 

1. Berpusatkan pelajar
– pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
– meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
– alat penting untuk kelas abad ke 21
– sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
– penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
– kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif
– tidak terlalu sesak
– peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
– pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
– peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati
– perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
– guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
– pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
– sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian
– guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif
– pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

PERSIDANGAN & PAMERAN THE DIGITAL EDUCATION SHOW ASIA (DESA) 2013

 

 

 

Sumber Drp : Blog Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Utk maklumat lanjut sila layari:

http://www.terrapinn.com/exhibition/digital-education-show-asia/

TEORI PEMBELAJARAN


Teori pembelajaran sering kita dengar & pelajari tetapi sejauh mana kita sebagai warga pendidik mengaplikasikannya dalam P&P. Pastinya ramai antara kita tertanya-tanya mengapa kita harus mengetahui tentang teori? Mengapakah kita perlu mempelajarinya suatu ketika dahulu bagi golongan yang mengambil pengkhususan pendidikan sama ada di universiti ataupun maktab perguruan…Mari kita renungkan & fikirkan mengapakah satu-satu teori pembelajaran itu PENTING…

Teori Pembelajaran by Physics MGCM


Sumber Diperoleh;

 Sia Pong Won(http://physicsmgcm.wordpress.com/teori-pembelajaran/)

GURU…TANGGUNGJAWAB DAN PROFESIONAL

 

Sifat tanggungjawab dan professional dalam melaksanakan tugas menjadi sebahagian daripada darah daging guru. Bagi memastikan aspirasi dan matlamat sebagai guru yang berkualiti dan berkesan, guru perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

 

a)   Belajar sepanjang hayat

Ilmu yang dipelajari di maktab ataupun di universiti tidak semestinya cukup diamalkan di dalam kelas. Guru perlu menyedari, ilmu yang dipelajari semalam tidak semestinya relevan pada hari ini.  Dan apa yang dipelajari pada hari ini tidak semestinya releven pada masa akan datang . oleh itu, belajar adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Tambahan pula, zaman globalisasi yang semakin mencabar memerlukan guru supaya lebih peka kepada ilmu yang terkini.

 

b)   Tidak puas dengan apa yang telah dimiliki

 

Guru perlu berpegang kepada konsep ‘sesuatu ilmu akan bertambah sekirany dicari’. Guru tidak hanya berbangga dengan segulung ijazah yang diperoleh, tetapi mereka perlu bersedia menambah segala kepakaran dan pengalaman dalam semua bidang. Ilmu yang diperoleh semasa menuntut di universiti adalah sedikit dan perlu terus berusaha melengkapkan diri bagi mencurahkan ilmu itu kepada anak didik.

 

c)   Pengetahuan ikhtisas

Guru yang memperoleh pengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang dikatakan sudah bertauliah. Guru ini layak digelar sebagai guru dalam erti kata yang sebenarnya.  Guru sebegini dilengkapi pelbagai ilmu penegtahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum, kokurikulum, pengkomputeran dan sebagainya. Guru ini layak diiktiraf sebagai guru yang berkualiti dalam konteks dunia pendidikan.

 

d)   Tabiat suka membaca

 

Bagi melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terkini, bakal guru memiliki tabiat suka membaca walau di mana mereka berada. Sama ada di kawasan bandar ataupun di luar bandar. Sekarang tidak ada alas an, mengapa mereka tiada masa untuk membaca kerana terdapat banyak kemudahan teknologi terkini seperti intener, SMS, dan sebagainya. Sikap suka membaca ini akan menajamkan minda guru di samping menambahkan keyakinan guru seamasa menyampaikan maklumat kepada pelajarnya.

 

e)   Kemahiran berkomunikasi

Guru adalah manusia yang sentiasa berhadapan dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat, dan sesiapa sahaja di sekeliling mereka. Kemahiran berkomunikasi penting dan mereka perlu mempunyai kemahiran itu. Semasa di dalam kelas, guru perlu bertutur dengan jelas dan dapat difahami oleh pelajarnya. Di samping tidak mengabaikan penggunaan nahu dan struktur bahasanya, guru perlu bijak dalam memilih perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengari. Keberkesanan pertuturan seorang guru membolehkan pengajaran guru itu mudah difahami pelajar.

 

f)     Daya ingatan

Guru perlu merancang dahulu sesuatu pengajaran sebelum disampaikan kepada pelajar. Perancangan yang baik tidak semestinya berlaku seperti yang dirancangkan. Namun, ia adalah satu proses yang biasa dilaksanakan oleh guru sebelum mengajar. Jadi, bagi memastikan isi-isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik dan sempurna, bakal guru perlu mempunyai daya ingatan yang baik. Ingatan yang baik ini bermaksud mereka dapat menyampaikan isi pengajaran sepenuhnya.

 

g)   Sentiasa berubah

Setiap guru mempunayi teknik dan kaedah tersendiri dalam setiap pengajarannya. Mereka perlu memastikan setiap teknik ataupun kaedah pengajaran yang digunakan tidak membodankan pelajar. Guru yang profesional sentiasa mencari dan memikirkan bagaimana pendekatan yang terbaik pelajarnya. Guru sebaik-baiknya tidak berada di takuk lama dalam penyampaian setiap pengajaran semasa berada di dalam bilik darjah. Justeru, guru perlu sentiasa berubah dan mencari pendekatan yang terbaik untuk anak didiknya.

i-Think pupuk kemahiran berfikir aras tinggi

ARKIB : 18/02/2013

Utusan Online

Seorang guru SMK Hang Kasturi menerangkan sesuatu kepada ahli kumpulannya ketika mengikuti bengkel i-Think di sekolah itu di Melaka baru-baru ini.
 

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi menganjurkan bengkel i-Think untuk membantu guru-guru memupuk kemahiran berfikir aras tinggi, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan pelajar sekolah.

Pengetuanya, Ismail Sulaiman berkata, i-Think merupakan pendekatan yang realistik serta praktikal memupuk proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Program ini melahirkan pencipta dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa depan,” katanya ketika merasmikan bengkel tersebut di sekolah itu di Melaka baru-baru ini.

Sekolah itu merupakan satu daripada 1,000 sekolah yang mula mengikuti program i-Think bagi sesi 2013 sebelum diperluas kesemua sekolah menjelang 2014.

Program ini dapat menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk meningkatkan keupayaan serta kebolehan sedia ada pada pelajar di samping membantu mereka memahami sesuatu konsep dan mengaplikasi dalam menyelesaikan permasalahan.

Terima kasih atas perkongsian bahan : Utusan Online
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130218/pe_03/i-Think-pupuk-kemahiran-berfikir-aras-tinggi#ixzz2NtKetKcb
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEGIGIHAN SEORANG GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang Bahasa Melayu~ Puan Sabariah Ibrahim

“Tiada Keruh yang tidak boleh dijernihkan…Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan”

” Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..”

Meskipun beliau merupakan guru Bahasa Melayu namun segala tips, nasihat serta panduan boleh digunakan oleh semua warga pendidik bagi meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing dalam dunia pendidikan. Semoga usaha kita untuk membantu anak-anak bangsa akan dipermudahkan oleh Allah SWT..Amin..

 

Terima kasih buat Cik Syazrin Syimee Sharifuddin di atas perkongsian video ini

 

 

6 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

1. Memberi bantuan klinikal

Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.

2. Merancang pengajaran

Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.

3. Melaksanakan pengajaran

Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.

4. Pengurusan bilik darjah

Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.

5. Memantau kemajuan

Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

6. Menyayangi pelajar

Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Buku yang baru saya belikan drp penerbitan UPSI semasa majlis RTM Rentas Kampus & Penyerahan Kad Diskaun Pelajar tempoh hari. Buku yang memuatkan 16 tajuk yang sangat menarik dalam dunia pembelajaran berasaskan web. Buku yang sangat bertepatan dengan penyelidikan saya. Saya berdoa semoga penyelidikan ini berjaya dan mampu menyediakan suatu medium interaksi maya di kalangan guru-guru. Saya yakin buku ini sangat berguna untuk pendidik-pendidik di luar sana untuk menambahbaik  pembelajaran & pengajaran. Antara tajuk-tajuk menarik yang terkandung di dala buku ini

1. Pembelajaran Berasaskan Web: Isu &7 Trend

2. Model Rekabentuk Instruksi DIDEA

3. Pemilihan Kata Laluan bagi Aplikasi Web

4. Jenis Fon dan Kesannya Terhadap Kebolehbacaan Teks di Laman Web

5. Kerangka Maklum Balas dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Web

6. Understanding the importance of Gender Preferences in designing and Developing Online Games

7. Kerangka Kerja Pemilihan LMS Sumber Terbuka

8. Open source Online Video Management System

9. Pembelajaran Kolaboratif dengan Bloh, Wiki dan RSS

10. Penggunaan Blog dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11. Blog dan Kemahiran Menulis

12. Facebook dan Kemahiran Insaniah

13. Teknologi web 2. dan Pendidikan : anjakan Paradigma Peranan Guru dan pelajar

14. EDUWEBTV: suatu Tinjauan

15. From e-Learning to m-Learning

16. Unravelling the Benefits of Technology-Enhanced Learning: Experinece Gained from Elementary Geometry Instructions

 

Buku terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. We Love UPSI

Pelaburan untuk mendapatkan ilmu adalah pelaburan yang sangat menguntungkan…:-)

 

PANDUAN P&P FIZIK

Panduan Pelaksanaan

 Fizik Untuk Peningkatan Prestasi Fizik Peringkat SPM

 Penelitian Skop

1. Skop Kurikulum

Panduan penelitian skop kurikulum :

Setiap guru perlu ada sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Fizik yang terkini. Perlu difailkan.

  • Setiap guru Fizik perlu meneliti objektif mata pelajaran Fizik dalam kurikulum.
  • Setiap guru perlu tahu dan mahir dalam cadangan aktiviti dan cadangan pedagogi yang digunakan bagi setiap tajuk.
  • Setiap guru perlu tahu cadangan amali yang sesuai bagi setiap topik atau subtopik.
  • Setiap guru fizik perlu membaca pendahuluan yang ada dalam HSP untuk mendapatkan gambaran jelas tentang pedagogi, kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang boleh digunakan.
  • Guru mesti merujuk kepada HSP sebelum menulis Rancangan Harian.
  • Setiap guru perlu menggunakan buku teks dan buku amali sesama. Perlu ditegaskan buku amali dan buku teks perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
  • Setiap guru perlu meneliti buku teks yang memberi panduan pedagogi serta banyak ‘side features’ yang boleh menarik minat murid.

 

2. Rumus

Panduan penggunaan Rumus untuk menjelaskan konsep Fizik :

  • Guru berupaya mendefinisi kuntititi fizik dari satu rumus Fizik
  • Guru berupaya menguasai symbol-simbol biasa yang digunakan dalam rumus fizik.
  • Guru berupaya menerbitkan unit dari rumus satu fizik.
  • Guru berupaya memahami hubungkait antara dua pembolehubah dalam satu rumus.
  • Guru berupaya mengenalpasti pembolehubah manipulasi, bergerakbalas dan yang dimalarkan dari satu rumus Fizik.
  • Guru berupaya mengaplikasi rumus untuk menyelesaikan masalah kuantitif dan kualitatif.
  • Guru berupaya menterjemah rumus kepada bentuk graf yang betul.

Sumber : PPMP Fizik Johor

APAKAH FIZIK?

 

Fizik (dari Greek dari φυσικός (phusikos): semula jadi, daripada φύσις (fysis): alam semula jadi) adalah sains semula jadi; ia adalah kajian mengenai jirim dan pergerakannya menerusi ruang dan masa serta semua yang datang daripada mereka ini, sebagai contoh tenaga dan daya. Apabila ia dilihat secara lebih luas lagi, ia adalah suatu analisis terhadap alam semula jadi dikendalikan agar dapat memahami bagaimana dunia dan alam semesta bertindak. Fizik adalah salah satu daripada bidang akademik yang tertua, mungkin yang tertua menerusi kemasukannya di dalam bidang astronomi.

 

Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Hukum fizik diluahkan sebagai persamaan matematik. Hukum ini mewakili usaha untuk mewujudkan kaitan antara data ujikaji berbeza. Kaedah saintifik pula mewakili usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari ujikaji. Terdapat fahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang kita pasti.

 

 

TIPS BELAJAR

 

 

 

 

Rajah diatas menunjukkan graf bar hasil dari undian pelawat xpresi.org untuk cara yang terbaik untuk belajar. Seperti yang dijangka kerap membuat latihan merupakan cara belajar yang paling popular dipilih oleh pelawat. Hal ini kerana latihan sebenarnya memberikan kesan yang lebih mendalam terhadap ingatan dan pembelajaran kerana kebiasanya manusia ini lebih gemar mengambil pengajaran dari kesilapan.

Selain itu latihan mendidik manusia supaya biasa dengan bentuk soalan dan juga pengalaman. Membuat nota kecil pula menjadi pilihan kedua kerana nota yang ringkas memudahkan untuk mencari isi penting dan juga senang dibaca tidak kira tempat.

Dua waktu belajar cuba diuji dan ia menunjukkan belajar diwaktu awal pagi adalah lebih baik berbanding belajar waktu malam. Belajar waktu pagi ini memberikan lebih kesegaran dan meningkatkan daya ingatan kerana minda masih berada pada tahap kesegaran dari rehat yang cukup. Belajar diwaktu lewat malam juga menjadi pilihan mungkin diwaktu lewat malam fokus adalah lebih baik kerana keadan sunyi. Namun demikian diwaktu malam minda berada pada tahap yang tidak cergas kerana penat bekerja seharian.

Teknik selalu baca buku teks merupakan paling terendah dipilih kerana belajar berorientasikan buku teks sahaja belum cukup kerana tidak semua fakta di buku teks adalah penting dan ia juga membebankan kerana terlalu banyak yang perlu dibaca.

Terima kasih kepada: xpresi.org

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN (2)

Semasa di dewan peperiksaan

 

c.  Pemilihan soalan (berbentuk esei)

1.   Baca arahan pada permulaan kertas soalan dengan teliti. Ketahui berapa banyak soalan yang wajib dijawab dan perlu dijawab, mungkin ada beberapa bahagian yang perlu pemilihan soalan.

2.   Pilih soalan yang anda betul-betul yakin boleh dijawab, iaitu anda dapat memberikan isi-isi yang tepat dan terbanyak serta mampu menghuraikannya dengan baik.

3.   Luangkan sedikit masa untuk memahami soalan yang dipilih. Ia memberikan faedah yang besar kerana dapat mengelakkan jawapan anda menyimpang daripada kehendak soalan sebenarnya. Beberapa contoh diberikan seperti berikut:

KATA KUNCI MEMERLUKAN ANDA
Huraikan Memberi penjelasan akan kenyataan yang diberi di dalam soalan tersebut.
Bincangkan Memberi isi-isi penting dan menganalisis tiap-tiap satu itu dengan cara kritikal iaitu pro dan kontra.
Buktikan Memberikan contoh-contoh dan kesan-kesan mengenai sesuatu soalan yang biasanya berbentuk rumusan atau pendapat
Sejauhmanakah Menunjukkan bahawa sesuatu kebenaran ada batasannya. Berikan faktor lain selain daripada faktor utama yang dihuraikan

4.   Pastikan penyampaian jawapan anda mudah difahami, tepat dan kemas. Jangan tulis jawapan yang meleret, terlalu panjang, berbelit-belit, berulang kerana ia membazirkan masa.

5.  Peruntukkan masa yang sesuai dengan soalan dan jumlah markah yang disediakan bagi setiap soalan. Semakin tinggi markah yang diperuntukkan, semakin banyak masa yang perlu diluangkan. Ini juga memudahkan anda mengurus masa dan anda tidak akan leka dengan sesuatu soalan dan terlupa menjawab soalan lain.

d.       Soalan berbentuk aneka pilihan

1.   Baca arahan pada permulaan kertas soalan dengan teliti. Ketahui berapa banyak soalan yang wajib dijawab dan perlu dijawab, mungkin ada beberapa bahagian yang perlu pemilihan soalan.

2.   Pilih jawapan yang tepat. Jika anda merasa ragu-ragu, gunakan teknik “buang jawapan salah” (seperti rancangan “Who wants to be a millionaire”) dengan membuang jawapan yang anda fikir memang bersalahan dengan kehendak soalan. Jawapan yang tinggal akan menjadi jawapan muktamad anda.

3.  Sekiranya masih ada beberapa pilihan jawapan dan anda masih tidak dapat menentukan jawapan yang tepat, anda terpaksa meneka jawapan anda. Sekurang-kurangnya peluang anda untuk mendapat jawapan yang betul adalah lebih tinggi daripada tidak membuang langsung jawapan yang anda pasti salah.

 

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

  1. Mengulangkaji: Lakukan di dalam 3 peringkat
  2. Sebaik sahaja selepas menerima pelajaran baru.
  3. 2 bulan sebelum hari peperiksaan, biasakanlah diri dengan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
  4. Masa di antara ulangkaji (perkara 2 di atas) sehingga hari peperiksaan.

Kawal perasaan: Jangan panik! Lakukan perkara berikut untuk mengurangkan ketegangan

  1. Hentikan apa jua perkara yang anda sedang lakukan buat seketika.
  2. Beritahu diri anda supaya bertenang dan berehat.
  3. Tarik nafas perlahan-lahan, lepaskan secepat yang dapat. Ulangi beberapa kali.
  4. Ingat sesuatu yang indah sewaktu menarik nafas panjang itu.
  5. Ulangi proses di atas setiap kali anda merasa panik.
Bersambung ……