This is default featured slide 1 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 2 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 3 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 4 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 5 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

 

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) 2019

Permohonan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) 2019 telahpun dibuka pada 24 januari 2019. Memandangkan tarikh tutupnya adalah pada musim cuti perayaan, maka ramai yang terlepas pandang.

 

Pihak pengurusan penajaan dan cuti belajar telah membuat makluman bahawa tarikh tutup permohonan ini telah dilanjutkan sehingga 13 Februari 2019 (Rabu) jam 11.59 malam secara atas talian melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my.

Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun sebelum tarik permohonan. Permohonan juga terbuka kepada pegawai yang sedang dalam pengajian. Antara syarat-syarat lain ialah:

 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 46 tahun (Kedoktoran) dan tidak melebihi 50 tahun (Sarjana) pada 1 Januari 2019
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan
  • Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% keatas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut.
  • Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain;
  • Tempat pengajian dan pengususan adalah di Universiti Awam (UA) Dalam Negara
  • Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod campuran dan Mod
    Penyelidikan Sepenuhnya bagi pengajian peringkat Sarjana. Bagi peringkat Kedoktoran, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja.
  • Bebas daripada sebarang penyakit kronik.

 

 

Pembelajaran abad ke-21 (PAK21)

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan  bermula pada tahun 2014.

 

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21. Adakah elemen-elemen ini memberi kesan positif kepada murid-murid?

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang

logocgcemerlang

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Guru Cemerlang Di Sekolah, Kolej Vokasional (KV) Dan Pensyarah Cemerlang Di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) Dan English Language Teaching Centre (ELTC) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Gred DG44 ke Gred Khas C bagi Guru Cemerlang dan Gred Khas B bagi Pensyarah Cemerlang secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 06 April 2017 sehingga 05 Mei 2017.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlangdengan lengkap dan betul, disertakan bersama dengan dokumen sokongan. Ketua Jabatan hendaklah menyemak, meneliti, mengesah dan mengemukakanpermohonan yang layak sahaja kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya sahaja akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Calon yang tidak menerima sebarang keputusan/pemakluman selepas tempoh 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA. Keputusan adalah muktamad.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 2 Tahun 2015 pada 17 Februari 2015 telah memutuskan bahawa penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah mulai sehari selepas tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional.

Iklan boleh mula dipohon mulai 06 APRIL 2017

Keterangan lanjut sila rujuk dan muat turun pada lampiran Surat Siaran.

 

MAKLUMAN: Keputusan bagi urusan pemangkuan GC dan PC tahun 2016 masih belum diterima oleh pihak Urusetia. Oleh itu, calon-calon GC dan PC yang telah memohon urusan pemangkuan pada tahun 2016 boleh memohon semula bagi urusan tahun 2017 sekiranya masih berminat.

Terima Kasih.

Pembelajaran Abad ke 21  

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

 

1. Berpusatkan pelajar
– pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
– meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
– alat penting untuk kelas abad ke 21
– sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
– penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
– kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif
– tidak terlalu sesak
– peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
– pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
– peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati
– perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
– guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
– pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
– sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian
– guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif
– pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di  Woodland Park High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk merakambahan pengajarannya dalam bentuk persembahan power point.

Mereka kemudiannya memuatnaik rakaman video kuliah dalam talian internet supaya murid yang ketinggalan dalam kuliah dapat mengikuti kuliah pada bila-bila masa.

 

Teknik kuliah secara dalam talian tersebut kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh sebab itu mereka dipanggil untuk memberi taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini terus berkembang dan ramai di kalangan guru-guru  menggunakan video podcasts dan video atas talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan pembelajaran dan di luar bilik darjah.  Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri.

Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah.

Dengan lain perkataan, murid belajar di rumah dan membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang membantu murid apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi maklumat, dan mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan murid secara individu.

KOLEKSI 9 KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM fizik 2016

kertas-percubaanEbook ini memberi GURU GURU  KOLEKSI 9 KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAN SPM 2016 yang disusun mengikut TOPIK serta lengkap dengan garis panduan skema permarkahan juga di beri untuk membantu pelajar menguasai  teknik-teknik menjawab soalan- denagn baik.Di dalam ebook ini, ada banyak  yang dapat membantu anda. Antaranya:

ebook

  • KOLEKSI 9 KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAN SPM 2016
  • Panduan lengkap skema permarkahan untuk menjawab komponen Kertas 2 dan Kertas 3 FIZIK.
  • Disusun Mengikut TOPIK supaya mudah mengesan TOPIK yang lemah.dan membantu pelajar mengulangkaji terutamanya di saat-saat akhir
  • Sebagai latih tubi untuk persediaan PERPERIKSAAN SPM FIZIK 2016.
  • Dengan lebih 400 muka ianya berbaloi dengan harganya yang mampu milik

TAKE ACTION NOW!! Kerana masa semakin suntuk.UNTUK ANDA MENCARI KERTAS PERCUBAAN  YANG LENGKAP DENGAN SKEMA. Supaya anda dapat menganalisis soalan HOT dan membiasakan anak didik anda dengan menjawap  KOLEKSI 9 KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAN SPM 2016

Anda rasa ebook ini mahal? Cuba anda bandingkan harga ebook ini dengan buku di luar sana, sudah semestinya anda akan dapati jawapannya  ebook ini lebih berbaloi.

Anda juga dapat menjimatkan masa daripada membaca buku teks  dan mencari bahan rujukan di internet atau seumpamanya kerana buku ini memberikan format terkini

 

NAK TAK KOLEKSI 9 KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAN fizik SPM 2016 yang disusun mengikut topik berserta skema kalau nak cotoh boleh download di sini ini hanya satu bab sahaja saya belanja

https://drive.google.com/open?id=0B39KgqkseA_Xb3E3VnQ1SF81U1k

kalau nak yang lengkap boleh dapatkanya di sini

 

http://kertaspercubaanfizik.blogspot.my/

http://kertaspercubaanfizik.blogspot.my/

 

Pembina Negara Bangsa -2016

 

 Pembina Negara Bangsa

Definisi

Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.

Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.

Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM)

 

Tahukah anda apa itu STEM? STEM ialah singkatan bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik yang diguna pakai secara global. Di negara membangun, banyak pelaksanakan dibuat bagi mengubah keadaan bilik darjah yang lama kepada yang lebih aktif.

Di Malaysia, senario bilik darjah di sekolah masih di tahap yang sama. Cikgu berdiri mengajar di depan, dengan pelajar duduk mendengar dan menulis apa yang diperkatakan.

STEM yang menekankan konsep pembelajaran melalui pendekatan pelbagai aktiviti sains hand’s on dan mind’s on ini memberikan pengalaman yang unik kepada para pelajar untuk mendekati sains, seterusnya memberikan persepsi positif mengenai sains. Diharapkan usaha ini akan menarik minat mereka untuk menyertai STEAM sebagai pilihan masa depan sama ada dalam memilih bidang pengajian tinggi ataupun bidang pekerjaan”,

Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diperkenalkan agar dapat bersaing dalam ekonomi abad ke-21. Program ini adalah antara disiplin dan pelbagai disiplin berasaskan amali, eksperimen dan demonstrasi. Pendekatan pembelajaran aktif program ini mempunyai unsur penerapan kemahiran abad ke-21 untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kerjaya dalam STEM.

 

TEKNOLOGI PEMANGKIN KEBAT

 

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, seseorang murid itu dikatakan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) apabila mereka dapat menjawab serta berhujah terhadap soalan-soalan yang berada pada tahap kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta iaitu dengan merujuk kepada Taksonomi Bloom semakan semula.

Tahap mencipta merupakan tahap yang tertinggi sekali. Di atas kertas soalan mahupun peperiksaan, agak sukar bagi guru menyediakan soalan atau aktiviti untuk menilai kemampuan murid pada tahap mencipta. Persoalannya, bagaimana para guru dapat memastikan bahawa murid-murid dapat mencapai tahap pemikiran tertinggi tersebut semasa berlangsungnya proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah?

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan teknologi pendidikan dan dalam matematik, salah satu teknologi yang boleh digunakan ialah perisian geometri dinamik. Contohnya, untuk menguji tahap mencipta murid dalam topik Penjelmaan Tingkatan Dua, murid diminta untuk mencipta sebuah kipas angin berdasarkan kepada konsep-konsep yang dipelajari dalam topik tersebut serta pengetahuan sedia ada yang lain.

Mungkin untuk jangka masa yang panjang serta dengan bekerja secara berpasukan, ianya boleh direalisasikan. Namun, untuk mendapatkan maklumbalas yang segera seterusnya menunjukkan tahap mencipta tersebut berjaya dipamerkan oleh murid, ianya boleh dilakukan dengan bantuan teknologi khususnya perisian geometri dinamik yang mana dalam persekitaran pembelajaran tersebut, murid dapat mensistesis pelbagai konsep matematik yang membawa kepada terciptanya ‘kipas angin’ tersebut. Selain itu, banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa penggunaan perisian komputer khususnya perisian geometri dinamik mamp

KERTAS PERCUBAAN FIZIK SPM 2014|kertaspercubaanfizik|

Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM terutamanya FIZIK Adakah anda kini sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan SPM FIZIK yang akan anda  hadapi tidak lama lagi?

Saya jumpa web sale ni dia jual KOLEKSI LENGKAP KERTAS PERPERIKSAAN PERCUBAAN FIZIK 2014 yang disusun mengikut TOPIK  yang bestnya disusunmengikut topik tu yang gempak tu.siap bagi 5 ebook bonus lagi tu

Pada pendapat saya ia berbaloi untuk dapatkan nya harga nya yang murah dan service pun laju.

seperti mana mana kia ta tahu pembuat soalan percubaan kebanyaknya adalah pengubal kertas peperiksaan spm

anda boleh menbeli KOLEKSI LENGKAP KERTAS PERPERIKSAAN PERCUBAAN FIZIK 2014

sini  http://kertaspercubaanfizik.blogspot.com/

Ok semoga berjaya

 

 

kertas percubaaan

kertas percubaaan

Hari Guru 2015

 

 

 

Tema Hari Guru pada tahun 2015 ini adalah “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” telah mula diwar-warkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sejak bulan Februari yang lalu.

Tema Hari Guru tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang.

Menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia.

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum,

Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

APA ITU PPPM 2013-2025

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara.

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

DIKONGSI DARI BLOG cikguhailmi

Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

 

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

TIMSS adalah kajian perbandingan antarabangsa anjuran Persatuan Penilaian Pencapaian Pendidikan Antarabangsa (International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) yang memberi fokus kepada  mata pelajaran Matematik dan Sains.

“Terdapat 39 negara lain mengambil bahagian dan pentaksiran ini memberi tumpuan kepada kurikulum sebagai faktor utama kerana ia dapat menerangkan pencapaian murid.

“Penyertaan Malaysia bermula pada 1999 yang bermula dalam Gred 8 yang melibatkan sampel pelajar di tingkatan dua, guru Matematik, Sains dan pentadbir sekolah yang mana ia dilakukan secara rawak oleh IEA dalam kitaran empat tahun sekali.

“Secara khususnya, model ini berkisar kepada apa yang sepatutnya dipelajari murid melalui kurikulum Matematik dan Sains serta strategi pengajaran selain pembelajaran yang dilaksanakan di bilik darjah dan hasil pencapaian murid,”

 

Programme International Student Assessment (PISA)

Penanda aras di peringkat antarabangsa menerusi data pentaksiran dan kajian adalah sangat penting buat sesebuah negara menambah baik corak sistem pendidikan supaya setanding dan mampu menyaingi negara maju lain.

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).

PISA bukan hanya bertujuan untuk mengetahui prestasi dan keberkesanan sistem sedia ada malah penambahbaikan turut dilakukan dari masa ke masa.

“Kita memerlukan data yang konsisten dan dipercayai yang boleh diukur secara berkala kerana ia sangat penting untuk menambah baik kualiti serta penyampaian sistem pendidikan yang ada.

Pentaksiran ini diharap dapat merealisasikan hasrat PPPM 2013-2025,” katanya.

 

Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif 2014

Selamat  Hari guru Tahun 2014 tema dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 

Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.

Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global.

Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.

6 Aspirasi Murid PPPM (2013-2025)

Aspirasi Murid

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

6 Aspirasi Murid
  1. Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

2. Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

3. Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

4. Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

5. Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

6. Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.

Diharapkan maklumat ini dapat membantu guru dalam memahami PPPM dengan lebih baik. Sekiranya guru-guru mempunyai maklumat tambahn boleh berhubung dengan kami supaya kami dapat kongsikan bahan tersebut.

 

5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia(PPPM2013-2025)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan pelan yang telah dibuat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia membuat kajian semula secara menyeluruh mengenai sistem pendidikan di Malaysia pada Oktober 2011.

Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga Disember 2012), Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di seluruh negara.

Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.

Objektif PPPM

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil pelibatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (“Kementerian”). Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus:

  1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.
  2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
  3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan.

5 aspirasi sistem
  1. Akses

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

2. Kualiti

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.

3. Ekuiti

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

4. Perpaduan

Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

5. Kecekapan

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.